...Sambungan...
Justeru itu, kita sebagai guru permulaan perlu pandai dan bijak dalam
menyesuaikan diri di sekolah. Komunikasi antara kita dengan guru dan pelajar
sentiasa diperhatikan. Di sini terdapat beberapa tips yang mungkin boleh
digunakan oleh guru permulaan seperti kita untuk menghapi tugas sebagai seorang
guru permulaan;
1. Rendah diri
Dalam mana-mana profesion sekalipun, sifat
rendah diri harus menjadi amalan bagi mereka yang baru memulakan tugas. Hatta
sifat rendah diri ini harus diamalkan walaupun kita sudah berpuluh tahun
berkhidmat. Mulakan tugas dengan senyuman. Rajin-rajin lah bertegur sapa.
Ringankan mulut bertanya khabar, membina rapport
dan rajin membantu dalam melaksanakan tugas. Jangan berat mulut untuk bertanya
mengenai apa yang kita tidak faham, namun perhatikan bahasa yang kita gunakan
semasa bertanya. Jangan nanti kelihatan seolah-oleh kita kurang ajar semasa
bertanya. Perhatikan sikap setiap orang dan bezakan apa yang mereka sukai dan
apa yang mereka tidak sukai. Proses membina hubungan ini mengambil masa. Jangan
gopoh untuk melabel orang sombong atau tidak. Jika kita konsisten dalam membina
hubungan yang baik dengan guru senior, lambat laun mereka akan rapat dengan
kita.
2. Hormat guru lama
Hormati mereka yang terlebih dahulu berkhidmat
sebagai seorang guru. Mereka lebih banyak pengalaman dan mereka juga telah
menempuhi cabaran dan rintangan yang sedang kita hadapi sebagai guru baru.
Dengan menghormati mereka, kita akan dapat membina hubungan yang lebih mesra
dan ini sedikit sebanyak akan mendorong rakan guru yang lebih berpengalaman ini
untuk berkongsi kaedah dan tips untuk menghadapi atau menyelesaikan satu-satu
masalah yang sedang kita hadapi. Tidak semua perkara yang sedang dihadapi di
sekolah pada masa kini kita pelajari di IPTA semasa mengikuti pendidikan
perguruan dahulu. Ingat tu ya, cikgu!
3. Catat
Buku catatan seharusnya menjadi teman rapat kepada
guru. Tidak kira samaada guru permulaan atau guru yang berpengalaman. Tidak
kira lah samaada buku catatan itu buku 555 ataupun gajet elektronik – ikut
kemampuan. Catat, dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara
yang perlu dillakukan. Kita akui yang kemampuan minda kita untuk mengingat akan
semakin pudar mengikut masa, tambahan pula kerja sebagai guru banyak memerlukan
kita untuk mengingat. Dengan buku catatan, kita akan mampu untuk menjadi guru
yang terurus dan tersusun. Apabila kerja kemas dan tersusun, ini akan
memberikan gambaran kekemasan keperibadian kita sebagai seorang guru. Guru yang
kerjanya tersusuan mempunyai aura tersendiri. Aura guru tegas dan kemas akan
membuatkan kita akan disegani oleh rakan guru yang lain dan juga para pelajar.
4. Jangan Menangguh kerja
Procrastination. Itu adalah perkataan bahasa inggeris
untuk si penangguh kerja. Jauhkan diri dari amalan ini. Kerjaya sebagai seorang
guru memerlukan kita untuk menjadi seorang yang menepati waktu, cepat dan multitasking. Kertas kerja, post mortem peperiksaan pelajar, laporan
audit koperasi dan banyak lagi tugasan yang menanti. Itu belum lagi ditambah
dengan aktiviti kokurikulum yang memerlukan seorang guru untuk mengorbankan
masa di waktu cuti untuk datang ke sekolah dan memantau para pelajar
menjalankan aktiviti kokurikulum di sekolah. Jika kita bertangguh, bebanan kerja
akan bertambah dan akhirnya akan membawa kepada burn-out. Banyak kajian yang menunjukkan bahawa guru tertekan
dengan bebanan kerja di sekolah. Salah satu kerja untuk mengelakkan perkara itu
berlaku kepada kita adalah – elakkan dari menangguh kerja yang boleh disiapkan
segera.
5. Sentiasa Peka
Sebagai guru permulaan, kita masih lagi belum
dapat membiasakan diri sepenuhnya dengan keadaan dan situasi di sekolah. Kita
perlu sentiasa alert ataupun peka
dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Bila perlu kita serahkan markah
pelajar untuk analisis? Bila tarikh hantar laporan penglibatan pelajar dalam
kokurikulum? Bila tarikh mesyuarat akademik sekolah? Kita perlu sentiasa ambil
tahu perkara itu. Sebab itu lah pentingnya buku catatan. Jang'an jadi guru yang
pemalas. Sentiasa bertanya rakan sekerja yang lebih lama, “eh bila ya
mesyuarat?”... “eh bila ya....?” selalu bertanya perkara-perkara yang dianggap
asas dan remah kepada rakan sekerja yang lebih senior di sekolah akan
memberikan tanggapan bahawa kita mengambil sesuatu perkara sebagai tidak
serius. Ini juga mungkin akan mendatangkan perasaan tidak senang guru lama
terhadap kita. Kalau dah guru lama tak senang dengan kita, macam mana nak bina rapport dengan guru lama?
Nota Sarjana
25/6/2014